Warna ye adik-adik :)

WARNA
Warna adalah tindak balasn cahaya ke atas permukaan atau objek di dalam sekeliling.
1. jenis-jenis warna
* warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu :-


1. Warna Asas
* warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.



2. Warna Sekunder
* campuran dua warna asas
* warna hijau, ungu dan jingga



3. Warna Tertier
warna tertier terhasil daripada campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder



3. Warna Neutral
warna neutral ialah warna yang tidak tergolong dalam warna asas, sekunder dan tertier. iaitu warna hitam dan putih serta campuran kedua-keduanya.



4. Nilai Warna
a. Ton warna
* ton warna ialah nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna
* Diperolehi melalui campuran sesuatu warna dengan warna hitam atau putih



5. Gubahan Warna
a. Sewarna
* Sewarna ialah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton (monokrom)
* ia terhasil melalui campuran warna putih untuk kesan terang dan hitam untuk kesan gelap



a. Warna Harmoni / Warna Sekeluarga
* ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah menyebelah dalam roda warna.
* mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama



b. Warna penggenap / Bertentangan
* ialah sekumpulan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna


6. Suhu Warna
* Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau sejuk
* warna panas - kelihatan garang
* warna sejuk - kelihatan tenang dan redup



warna panas
* warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi
* warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang





warna sejuk
* warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah
* warna yang berupaya memberi kesan redup, tenang dan damai serta sejuk mata memandang.




7. Warna Bertindak
* warna bertindak ialah warna yang akan menimbulkan kesan pantulan warna yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar yang berlainan.


warna bertindak yang menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan latar yang berlainan.


contoh warna bertindak terhadap warna muka taip



8. Perspektif Warna
* Perspektif warna ialah gubahan warna yang dapat melahirkan kesan ilusi ke atas hasil karya dengan perubahan ton warna
- dekat gelap
- jauh cerah


Warna membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya.



Warna membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat



9. Warna dan Budaya
* Masyarakat Malaysia menyamakan warna dengan objek alam sekeliling