Ruang ye adik-adik :)

RUANG
ruang ialah kawasan kosong disekeliling atau antara 2 objek



ruang juga wujud dalam gambar bersifat 2 Demensi
ruang ini hanya dapat dilihat atau dirasa kewujudannya.

1. jenis-jenis ruang
terbahagi kepada 2
a. ruang nyata / fizikal
b. ruang Ilusi / tampak

ruang nyata
merupakan ruang yang terdapat di persekitaran
* ruang terbuka - kawasan lapang / luas
* ruang tertutup - kawasan sempit / terhad


ruang ilusi
merupakan ruang yang dihasilkan dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik


Perhubungan ruang dan bentuk
* ruang dapat mempengaruhi saiz dan warna pada jarak tertentu.
* nilai warna akan berubah mengikut jarak ruang

Ruang saiz dan perspektif

perspektif ialah perubahan saiz, jarak dan warna objek dilihat dari jarak jauh
* Garisan grid digunakan dalam lukisan untuk menimbulkan ilusi 3 D melalui 2 cara iaitu
* perspektif satu titik lenyap
* perspektif dua titik lenyap